22 bulan PH tak boleh ditafsir gagal sepenuhnya - Rafizi -

22 bulan PH tak boleh ditafsir gagal sepenuhnya – Rafizi

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tempoh 22 bulan pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini tidak boleh ditafsirkan sebagai gagal sepenuhnya.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, ini kerana terdapt juga perkara yang berhasil daripada tempoh pemerintahan itu.

“Kita tahu 22 bulan PH banyak sebabkan orang kecewa, tetapi (saya tak mahu) nampak terlalu defensive mengenai rekod 22 bulan.

“(Sebenarnya) Pencapaian 22 bulan itu banyak berhasil dan berputik dari tempoh itu. Kalau tidak badan kehakiman tidak dapat signal jelas tidak ada campur tangan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi dialog pengundi muda Ayuh Malaysia bersama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Sunway Damansara Technology di sini.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, terdapat beberapa perkara bagaimanapun boleh diperbaiki jauh lebih baik lagi dalam tempoh itu.

Sehubungan itu, katanya, PH sepatutnya mengambil pengajaran sekiranya menang lagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Contoh bagaimana (mahu) memastikan pendekatan pentadbiran yang menyeluruh yang perlu berubah dengan lebih sistematik lagi.

“Pembaziran paling besar di Malaysia ialah geran penyelidikan dan pembangunan (R&D), sebab itu di Malaysia kita ada satu kumpulan usahawan dipanggil gerantreprenuer yang kerjanya dapat geran RM5 juta selepas itu hilang dan ambil geran lain, tetapi tak ada idea yang menjayakan.

“Saya berpengalaman Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 20 tahun, tetapi, tak pernah dapat satu geran, jadi (saya pasti) mereka yang baru mahu mula sudah tentu susah mahu dapat (geran),” ujarnya.

Justeru, beliau berkata, peralihan kerajaan baru nanti perlu mengubah sistem supaya lebih mengamalkan pendekatan dengan orang ramai terutamanya dengan orang muda.

“Pendekatan perlu mengalu-alukan idea yang dipanggil crowd sourcing dan melalui proses (tapisan). Memang dari ratus ribu idea saja akan lepas, tetapi itu yang akan membuahkan hasil,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya