14 rumah di Kampung Simpang Durian rosak akibat ribut - Utusan Malaysia

14 rumah di Kampung Simpang Durian rosak akibat ribut

ANGGOTA APM membersihkan pokok tumbang dalam kejadian angin kencang yang berlaku di Kampung Simpang Durian, Jelebu petang tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Sebanyak 14 buah rumah di Kampung Simpang Durian dekat sini  rosak dalam kejadian angin kencang selama  sejam petang tadi 

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Mejar (PA) Shamil Ithman berkata, hujan beserta angin kencang tersebut berlaku bermula  pukul 5 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian, pihak kami mendapati  14 buah rumah rosak melibatkan 27 orang yang terjejas. Setakat ini tiada individu yang dilaporkan cedera. 

“Anggota APM sedang membuat pembersihan pokok tumbang dan mengadakan kawalan keselamatan di lokasi kejadian,” katanya  hari ini.

Menurut beliau, cuaca di lokasi kejadian ketika ini sudah bertambah baik tetapi menasihati penduduk  melaporkan di talian kecemasan 999 jika berlaku keadaaan yang luar biasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya