13 kedai papan terbakar - Utusan Malaysia

13 kedai papan terbakar

DERETAN kedai papan di Serdang terbakar pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Deretan 13 kedai separuh papan di Jalan Pasar, Pekan Baru Serdang dekat sini terbakar, awal pagi tadi.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu 4.15 pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, seramai 24 anggota bersama lapan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang, BBP Bandar Tun Hussein Onn, BBP Bangi dan BBP Seksyen 7 dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kita mendapati berlaku kebakaran di sebuah kedai emas yang merebak ke 12 premis lain di deretan rumah kedai berkenaan.

 “Pasukan bomba mengambil masa hampir satu jam untuk mengawal kebakaran itu pada 5.30 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian itu dan punca kejadian masih dalam siasatan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya