YOKUK tambah baik infrastruktur rawatan, perkhidmatan kepada

YOKUK tambah baik infrastruktur rawatan, perkhidmatan kepada OKU

SULIANA Shamsuddin Alias (lima dari kiri) meraikan kanak-kanak golongan Orang Kurang Upaya (OKU) pada Program Amal YOKUK Karnival 2022 Pejabat YOKUK,Pengkalan Chepa, Kelantan.-UTUSAN/ROSMIZAN RESDI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK) sedang dalam perancangan untuk menambah baik infrastruktur merangkumi perkhidmatan rawatan kepada seramai 6,000 orang ahli yang terdiri daripada golongan orang kurang upaya (OKU) dan keluarga kurang berkemampuan di negeri ini.

Pengerusinya, Suliana Shamsuddin Alias berkata, pihaknya menyediakan juruterapi yang akan membantu ahli untuk mendapatkan pelbagai latihan dan perkhidmatan terapi secara percuma.

Menurutnya, YOKUK setakat ini menyediakan kemudahan terapi berkuda, kolam terapi hidro dan beberapa jenis rawatan lain kepada ahli-ahli yang berdaftar.

“Rawatan terapi ini kembali beroperasi selepas pandemik Covid-19. Jadi, semua ahli berdaftar boleh menerima rawatan dan perkhidmatan terapi yang disediakan YOKUK.

“Seramai 30 kakitangan YOKUK bertugas untuk memberi perkhidmatan kepada ahli. Oleh itu, kita mengalu-alukan sukarelawan atau badan korporat untuk membantu dalam memberi perkhidmatan kepada golongan OKU dan mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Amal YOKUK Karnival 2022 di Pejabat YOKUK, Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Suliana memberitahu, dia berharap kerajaan dapat meningkatkan elaun kepada golongan OKU sempena Belanjawan 2023.

Katanya, banyak cabaran yang perlu dihadapi oleh OKU termasuk mereka yang menguruskan golongan tersebut. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya