Tiga syarikat meterai MoU majukan 4G, 5G - Utusan Malaysia

Tiga syarikat meterai MoU majukan 4G, 5G

ZAHIDI Zainul Abidin (tengah) menyaksikan MOU di antara MRH Digital Sdn. Bhd. dengan Chendu Sihan Technology Stock Co. Ltd dan Cosmos International Consultancy Sdn. Bhd. di sini hari ini. -UTUSAN/MOHD FIRDAUS MOHD JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiga syarikat gergasi termasuk sebuah syarikat antarabangsa menjalinkan kerjasama melibatkan pelaburan sehingga RM1.6 bilion bagi meningkatkan keberdayaan teknologi 4G dan 5G dalam Malaysia.

Ketiga-tiga syarikat yang terlibat bagi Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman tersebut adalah MRH Digital Sdn Bhd, Cosmoss International Consultancy Sdn Bhd dan syarikat dari China, Chengdu Sihan Technology Stock Corporation Limited.

Ketika berucap, Pengarah Eksekutif MRH Digital Sdn. Bhd., Ezzul Na’im Mohd. Rohaizee berkata, program ini berjaya membawa masuk pelaburan yang besar nilainya dan menjadi nilai tambah untuk negara.

“Usaha sama ini melibatkan pelaburan terus daripada syarikat Chendu Silhan Technology China dan keseluruhannya bernilai sehingga RM1.6 bilion.

“Pelaburan ini unik dan tidak melibatkan dana daripada mana-mana agensi kerajaan. Kita bersedia untuk menyediakan penyelesaian bagi masalah rangkaian internet negara ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Chengdu Sihan Technology Stock Limited, Liu Jian berkata, pihaknya berbangga dengan kerjasama ini yang akan membantu merancakkan ekonomi Malaysia.

“Dalam kerjasama ini, amat penting untuk seluruh agensi kerajaan turut membantu serta menyokong inisiatif yang dilaksana oleh syarikat-syarikat ini supaya sama-sama kita dapat menyediakan peluang ekonomi untuk Malaysia saingi dunia,” jelasnya.

Acara menandatangani perjanjian tersebut disaksikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Ketika sidang media, Zahidi berkata, usaha tersebut adalah antara tiga buah syarikat swasta dan perjanjian usaha sama ini bertujuan mempercepatkan program 4G dan 5G terutama di luar bandar.

“Kita sedia maklum, kawasan luar bandar ada masalah liputan lemah. Kita mahu fokuskan pada kawasan agensi di luar bandar.

“RM1.6 pelaburan dikeluarkan daripada organisasi swasta. Kerjasama ini sangat baik, dapat membantu ekonomi negara dan kerajaan.

“Setakat hujung Ogos, sudah ada 2,100 tapak 5G di lapan buah negeri. Sebelum ini, kita fokuskan di Lembah Klang, tapi, sekarang telah dikembangkan ke lebih banyak negeri,” ujarnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya