KUANTAN: Blogger yang juga aktivis masyarakat, Mohd. Shukri Mohd. Ramli memaklumkan dihubungi tiga wakil parti politik yang mempelawanya menyertai mereka bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di negeri ini. Tiga parti politik berkenaan adalah daripada gabungan Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan Gerakan Tanah Air (GTA). Mohd. Shukri yang turut terkenal dengan gelaran Cucu Mat Kilau (CMK) berkata, dia belum membuat keputusan parti politik mana yang akan disertainya. “Buat masa ini saya belum buat keputusan, tapi tidak lama lagi selesai dan saya fikir peluang untuk menang kali ini…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya