Rumah kongsi terbakar: Asap hitam penuhi ruang udara Banda Hilir

Rumah kongsi terbakar: Asap hitam penuhi ruang udara Banda Hilir

ANGGOTA bomba dari tiga BBP berjaya mengawal kebakaran deretan rumah kongsi di Jalan Tun Sri Lanang, Banda Hilir, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Penduduk dan pelancong gempar seketika apabila langit Banda Hilir yang selalunya cerah bertukar gelap apabila terdapat kepulan asap hitam melingkari ruang udara berkenaan.

Kepulan asap yang berpunca akibat kebakaran deretan rumah kongsi di Jalan Tun Sri Lanang kira-kira pukul 5 petang itu dapat dilihat jelas orang ramai dari jarak hampir lima kilometer (KM).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Timbalan Penguasa Bomba II Yazid Mohd. Tahir berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 5.55 petang.

Beliau berkata, sebanyak tiga jentera dari BBP Melaka Tengah, BBP Ayer Keroh dan BBP Tangga Batu diatur gerak untuk operasi pemadaman bersama 25 pegawai dan anggota.

“Tiba di lokasi, kita dapati api sedang marak dan bomba difahamkan rumah kongsi berkenaan tidak berpenghuni. Ia sepatutnya dihuni oleh para pekerja sebuah hotel.

“Kebakaran memusnahkan kesemua 86 lot rumah kongsi berkeluasan 150 kali 1,000 kaki persegi, setakat ini tidak ada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini malam tadi.

Tambah Yazid, operasi pemadaman selesai sepenuhnya pukul 11.09 malam manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.

“Bomba berjaya mengawal keadaan dan turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk kerja-kerja berkaitan.

“Pasukan forensik bomba sudah dimaklumkan dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kebakaran,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya