Bagaimanapun, kesemua tertuduh, Hafizzul Hizzuan Zulkipli, 31,

Rompak warga Bangladesh, empat sekawan berdepan penjara 20 tahun

KESEMUA tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang warga Bangladesh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Padah melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang warga Bangladesh bulan lalu, empat rakan berdepan hukuman penjara 20 tahun dan sebat selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Bagaimanapun, kesemua tertuduh, Hafizzul Hizzuan Zulkipli, 31,; Fadzulilahie Azmi, 29,; Zulkifle Zainal, 34, dan Muhammad Nassir Hassan, 27, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin. 

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama dengan dua orang yang masih bebas didakwa dengan niat melakukan rompakan berkumpulan melibatkan wang tunai RM1,000, telefon bimbit dan komputer riba bernilai keseluruhan RM2,000 milik Molla Md. Mahbub. 

Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 1 pagi di pondok tidak bernombor, Lot 1429 Jalan Sungai Air Hitam, Kampung Tanjung Minyak di sini pada 19 Ogos 2022. 

Sabit kesalahan, kesemua tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Anis Najwa Nazari yang mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin. 

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jumlah itu dikurangkan dengan pelbagai alasan termasuk tidak mempunyai pendapatan tetap, perlu menanggung keluarga serta ibu bapa yang sakit.

Mahkamah kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dan menetapkan 28 September ini untuk sebutan semula kes. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya