PERLIS yang mempunyai penduduk sekitar 200,000 orang hanya mempunyai tiga Parlimen dan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Mengikut data 2021, Parlimen Arau merangkumi sebanyak 60,729 pengundi, Kangar melibatkan 74,859 pengundi dan Padang Besar pula 56,090 pengundi. Menariknya, menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), penyertaan pelbagai parti politik dijangka mewarnai pilihan raya di negeri ini dengan terbaharu Parti Warisan Sabah (Warisan) yang mula bertapak di Perlis turut dikatakan bertanding. Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad juga dikatakan bakal meletakkan calon di negeri ini dengan sekurang-kurangnya…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya