Perkasa MN penanda aras Dewan Ulama Pas hadapi PRU15  - Utusan Malaysia

Perkasa MN penanda aras Dewan Ulama Pas hadapi PRU15 

Sebahagian perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara hadir ke Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia ke-63 di Alor Setar semalam. - UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERAI: Dewan Ulama Pas sekali lagi menegaskan pemerkasaan Muafakat Nasional (MN) adalah penanda aras mesti disasarkan oleh parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Ketuanya, Datuk Ahmad Yahya berkata, sayap parti itu harus tampil mengharmonikan dua pihak yang bertelagah, mengikat semula tali kesatuan ummah serta menyatakan tekad politik yang tinggi untuk menangani perpecahan mazhab.

“Kita berhadapan dengan pengalaman  perit selama 22 bulan di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH). Pelbagai dasar yang meminggirkan kepentingan institusi diraja, kedudukan Melayu-Islam serta tiang seri tatanegara mendorong kepada suatu desakan dibuat secara besar-besaran bagi mewajarkan reaksi balas rakyat mendapat perhatian kerajaan. 

Sudah tentu kita tidak boleh mengulangi kesilapan sama pada pRU15.

“Oleh  itu, kepimpinan Pas Pusat mempertegaskan strategi satu lawan satu berhadapan dengan PH. Kita mengharapkan prinsip memperkasa MN serta mempertahan Perikatan Nasional (PN) akan membuahkan hasil kepada penguasaan majoriti dua pertiga ahli parlimen yang dikuasai oleh Melayu-Islam,” katanya ketika ucaptama pada Muktamar Dewan Ulama Pas di Guar Chempedak di sini hari ini yang dirasmikan oleh Mursyidul Am Pas Datuk Hashim Jasin.

Resepi asas

Menurut beliau, Dewan Ulama Pas berpandangan bahawa dua resepi asas dalam menghadapi gelora PRU kelak yang perlu diambil iktibar oleh pihaknya melibatkan kekuatan dari dalam bagi memenuhi pra syarat kemenangan itu.

“Seperti yang saya kemukakan tadi. Para anggota abnaul harakah sendiri mesti bersatu hati, bersatu tekad serta bersatu amal.  Keduanya adalah permuafakatan parti politik di atas pentas demokrasi. 

“Kita tidak lagi boleh mencapai kemenangan secara bersendirian. Prinsip tolong-menolong pada perkara kebaikan dan dan saling mencegah kepada perkara kemungkaran perlu terus dibumikan dalam menghadapi sepak terajang politik,” katanya.

Kata beliau, walaupun tidak mudah untuk membawa gelombang penyatuan ummah ke tengah masyarakat yang tidak memahami perjuangan tetapi ia sebahagian daripada resepi asas yang mesti diadun dengan sabar dan ribat.

“Pas menggagaskan konsep penyatuan ummah sebagai teras utama perjuangannya. Kita perlu menerima bahawa gagasan penyatuan ummah merupakan pendekatan terbaik demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat dan negara mendepani PRU15. Ia kemudiannya diolah dengan strategi satu lawan satu berdepan dengan musuh politik kita,” katanya.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya