Perantau `tinggalkan’ Kelantan pulang ke ibu kota - Utusan Malaysia

Perantau `tinggalkan’ Kelantan pulang ke ibu kota

PERANTAU melepaskan penat seketika dengan berhenti rehat di Hentian Gua Musang, Kelantan, hari ini. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Golongan perantau yang pulang ke negeri ini sempena cuti sekolah sejak seminggu lalu mula bergerak pulang ke ibu kota menyebabkan Jalan Gua Musang-Kuala Krai menghala ke Kuala Lumpur bergerak perlahan sejak pagi tadi.

Tinjauan mendapati kawasan Rehat dan Rawat (R&R), Hentian Gua Musang turut dipenuhi dengan orang ramai yang mengambil peluang berhenti rehat sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Seorang pengguna jalan raya, Nor Azira Rashid, 35, berkata, kenderaan bergerak perlahan dari bandar Kuala Krai menuju ke Gua Musang.

Bagaimanapun, katanya,  keadaan itu terkawal apabila tiada kemalangan sepanjang perjalanan.

“Saya sudah menjangkakan berlaku kesesakan kerana sesi persekolahan di Kuala Lumpur akan dibuka semula esok.

“Cuti seminggu ini dimanfaatkan sebaik mungkin oleh orang ramai terutamanya para pelajar untuk pulang ke kampung,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang guru, Siti Fatimah Sepeein, 33, pula berkata, pengangkutan bas menjadi pilihan untuknya pulang bercuti di kampung.

Katanya, dia membeli tiket pergi dan balik ke kampung lebih awal kerana bimbang kehabisan. 

“Saya beli tiket bas seminggu sebelum cuti kerana bimbang tiket habis. Saya melihat ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung dan saya memilih untuk menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan.

“Saya bertolak pukul 9 pagi dari Tumpat dan sampai di Gua Musang pada pukul 2.30 petang. Kebiasaannya bas akan sampai di hentian ini pada pukul 1 petang,” ujarnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya