Pegawai imigresen maut, rakan setugas patah kaki dilanggar lari - Utusan Malaysia

Pegawai imigresen maut, rakan setugas patah kaki dilanggar lari

ANGGOTA polis melakukan siasatan di lokasi kemalangan maut membabitkan seorang pegawai kanan Imigresen manakala rakan sejawatannya cedera di Kilometer 83.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan susur keluar Plaza Tol Gurun, pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang pegawai imigresen maut manakala rakan setugasnya patah kaki selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangi mereka dilanggar lari di Kilometer 83.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Gurun di sini hari ini.

Dalam kejadian  pukul 9.30 pagi ini,Muhammad Nizam Samsudin, 46, yang bertugas sebagai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen di Depot Imigresen Sementara Sungai Bakap, Pulau Pinang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada kepala. 

Rakan mangsa, Zaili Nizam Muhammad, 43, yang  bertugas sebagai Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen di depot imigresen sama patah kaki dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH).

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa menunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki KLE650 masing-masing.

Menurut beliau,  siasatan awal mendapati mereka bergerak dari arah yang sama iaitu dari selatan menghala ke utara ketika hujan lebat.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kenderaan yang belum dikenal pasti  melanggar bahagian belakang motosikal ditunggangi Muhammad Nizam di lorong kiri menyebabkan dia  hilang kawalan dan terbabas ke lorong kecemasan. 

“Pada masa sama, motosikal ditunggangi seorang lagi mangsa yang sedang bergerak di lorong kecemasan tidak sempat mengelak dan terlanggar motosikal ditunggangi rakannya yang terjatuh di lorong kecemasan,” katanya di sini hari ini.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya