Pecah cermin kereta, bawa lari sekotak tepung - Utusan Malaysia

Pecah cermin kereta, bawa lari sekotak tepung

SEKOTAK tepung yang dicuri dari sebuah kenderaan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki sanggup memecah cermin sebuah kereta untuk mencuri sekotak tepung gandum di Taman Kota Masai, di sini awal pagi tadi.

Namun, ‘nasib’ tidak menyebelahinya kerana berjaya dicekup pemilik kereta dan jirannya.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, dalam kejadian pukul 1.15 pagi itu, suspek yang berusia 31 tahun telah memecahkan cermin kereta pada bahagian tempat duduk pemandu dan melarikan sekotak tepung gandum.

“Kejadian disedari jiran mangsa sebelum suspek melarikan diri. Mangsa dan jirannya kemudian mengejar suspek dan berjaya menahannya di Jalan Pulasan, Taman Kota Masai,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Mohd. Sohaimi berkata, sebatang spanar boleh laras yang digunakan untuk memecahkan cermin kereta dan sekotak tepung gandum ditemukan pada suspek.

Mangsa telah menghubungi pihak polis sebelum menyerahkan suspek dan barang-barang yang dirampas tersebut kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis merakamkan penghargaan atas kerjasama dan maklumat orang ramai hingga tertangkapnya suspek. 

“Pihak polis akan terus komited untuk bekerjasama dengan masyarakat bagi mencegah sebarang kegiatan jenayah,” katanya sambil memaklumkan suspek direman selama tiga hari bermula hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 dan 379 Kanun Keseksaan. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya