Mulai esok pelitup muka di masjid, surau tidak diwajibkan - Utusan Malaysia

 Mulai esok pelitup muka di masjid, surau tidak diwajibkan

Jemaah masjid dan surau kini boleh buat pilihan sama ada untuk memakai atau tidak pelitup muka. – GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menetapkan pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan tidak lagi wajib  berkuat kuasa esok.

Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, ketetapan itu dibuat selaras  perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan ketetapan terkini kerajaan berkaitan kelonggaran Prosedur Operasi Standrad (SOP) pencegahan Covid-19.

Bagaimanapun, menurut beliau, pemakaian pelitup muka di dalam masjid dan surau masih digalakkan.

“Individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema serta mereka yang berisiko tinggi seperti warga tua serta kanak-kanak digalakkan untuk terus  memakai pelitup muka,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Pada 7 September, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengumumkan, pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup atas pilihan individu.

Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira situasi semasa Covid-19 dalam negara serta penilaian semasa yang dilakukan Kementerian Kesihatan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya