Mekar Klasik Farm & Nursery jadi tumpuan di Festival Majestic

Mekar Klasik Farm & Nursery jadi tumpuan di Festival Majestic Johor (FMJ) 2022

IRWAN PUTEH (kiri) melayan pengunjung yang memilih pokok yang dijual di gerai Mekar Klasik Farm & Nursery sempena FMJ 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Gerai Mekar Klasik Farm & Nursery terus menjadi tumpuan para pengunjung Festival Majestic Johor (FMJ) 2022 yang melabuhkan tirainya hari ini.

Pengusahanya, Irwan Puteh, 37, berkata, lebih 100 pokok dan tanaman menghijaukan suasana di Festival Majestic Johor menarik perhatian pengunjung khususnya golongan wanita.

Irwan percaya sambutan yang menggalakkan itu didorong oleh hobi menghias rumah dan bercucuk tanam ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 dua tahun lalu.

Selain pokok hiasan, antara tanaman lain yang mencuri tumpuan pengunjung ialah pokok herba yang digunakan dalam masakan dan keperluan harian.

“Di nurseri kami, terdapat lebih 100 jenis tanaman yang dipamerkan agar pengunjung dapat membuat pilihan jenis tanaman yang ingin dibawa pulang.

“Sambutan yang diperoleh cukup baik, kebanyakan pengunjung mencari pokok herba seperti pudina, daun kesum, rosemary dan bidara selain pokok hiasan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Irwan memberitahu, hampir saban hari dia menambah jenis tanaman dan pokok yang diambil dari nurseri yang diusahakan di Gelang Patah.

Tanaman yang mendapat sambutan ialah keladi hiasan yang tular dalam media sosial sejak beberapa bulan lalu, antaranya variasi Anthurium, Alocasia, Agalaonema dan Calathea.

“Selain keladi hiasan, kami juga ada pelbagai jenis pokok kaktus dengan pokok paling mahal dijual ialah pokok Darco yang berharga RM600,” katanya.

FMJ 2022 anjuran kerajaan negeri menerusi Tourism Johor mulai 8 hingga hari ini turut mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), UEM Sunrise dan Iskandar Puteri Tourism Action Council (IPTAC). –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya