MBSA 'belanja' warga Shah Alam sempena ulangtahun ke-22 -

MBSA ‘belanja’ warga Shah Alam sempena ulangtahun ke-22

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menawarkan pelbagai insentif sempena sambutan ulang tahun ke-22 bandar raya itu Oktober nanti.

Bahagian korporat dan perhubungan awam dalam kenyataan memaklumkan, insentif yang diberikan adalah dalam bentuk penggunaan fasiliti dan kemudahan MBSA secara percuma pada tarikh tertentu.

Menurut Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, insentif itu merupakan tanda penghargaan kepada pemegang taruh khususnya penduduk Shah Alam.

“Antara insentif yang ditawarkan MBSA adalah tempat letak kereta percuma di Bangunan Wisma MBSA dan Hub Seksyen 19 (berhampiran Komuter Seksyen 19) pada 11 Oktober.

“Kempen pengurangan kompaun RM10 dan diskaun 70 peratus sepanjang Oktober juga diadakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shahrin berkata, sewaan dewan serba guna dan gelanggang MBSA bagi aktiviti sukan secara percuma pada 10 Oktober turut diberikan.

Katanya lagi, pihaknya juga menawarkan promosi keahlian percuma Perpustakaan MBSA sepanjang bulan hadapan.

Sebarang pertanyaan berhubung insentif ini boleh hubungi Bahagian Korporat & Perhubungan Awam di talian 03-5510 5133 sambungan 1723. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya