TAPAH: Mayat juruterbang helikopter Eurocopter EC120B yang terhempas di Hutan Simpan Chikus di sini kelmarin ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira pukul 9.30 pagi semalam. Ketika ditemukan, Tsz Kin Richard Chan, 58, berada di bahagian kokpit sebelum dibawa keluar pada pukul 10.12 pagi. Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, mangsa adalah warganegara Hong Kong dan bekerja dengan syarikat swasta penerbangan berkenaan. Mohd Yusri berkata, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menemukan lokasi nahas di Hutan Simpan Chikus pada pukul…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya