Malaysia bakal tuan rumah WWLS 2023 - Utusan Malaysia

Malaysia bakal tuan rumah WWLS 2023

RINA Harun melancarkan Majlis Pelancaran World Women Leadership Summit (WWLS) 2023, sambil diiringi Pengerusi Women Leadership Foundation, Datuk Dr. Hafsah Hashim (kanan), di Hotel Mandarin Oriental, di sini hari ini.-UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal tuan rumah Sidang Kemuncak Kepimpinan Wanita Sedunia 2023 (WWLS 2023) yang akan menampilkan lebih 20 ikon bertaraf dunia.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun berkata, WWLS 2023 akan membincangkan kepemimpinan wanita di peringkat global dalam segenap aspek termasuk kesihatan, sains dan teknologi, perniagaan, kewangan, pendidikan, tadbir urus kerajaan dan isu alam sekitar. 

“Tema WWLS 2023 iaitu New Norms, Fresh Hopes, Big Dreams adalah bertepatan dengan fokus negara selari dengan hasrat Keluarga Malaysia. 

“Ini menunjukkan semangat serta agenda untuk wanita bangkit selepas pandemik Covid-19 khususnya bagi memartabatkan peranan wanita dalam menerajui kepemimpinan keluarga dan komuniti,” katanya semasa Majlis Pelancaran World Women Leadership Summit 2023, di sini, hari ini. 

“WWLS 2023 akan menjadi sebuah pentas global untuk berbincang secara terbuka mengenai kesediaan wanita dalam menghadapai cabaran-cabaran khasnya dalam dunia baharu pasca pandemik. 

“Bersamaan dengan matlamat kerajaan untuk memperkasakan wanita serta meningkatkan kesaksamaan jantina di Malaysia,” katanya. 

Beliau berkata, bagi Belanjawan 2023, banyak peluang dan peruntukan khas untuk wanita dalam usaha memartabatkan wanita secara amnya serta dalam aspek kepimpinan secara khususnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya