Mahkamah benarkan warta notis lucut hak Addy Kana -

Mahkamah benarkan warta notis lucut hak Addy Kana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menerima permohonan untuk mewartakan notis kepada pihak ketiga yang mempunyai kepentingan ke atas wang tunai RM20,000 yang diterima dari ahli perniagaan, Addy Kana atau nama sebenar, Zaidi Kanapiah sebagai bon jaminan pemulangan sebuah MPV mewah yang disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu.

Mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Ashraf Mohd. Tahir mengikut Seksyen 56 dan 61(2) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

“Yang Arif, berkenaan dengan permohonan lucut hak harta ini, saya difahamkan responden hari ini tidak ada bantahan terhadap permohonan ini. 

“Bagaimanapun, selaras dengan Seksyen 61 (2) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, pihak pemohon pohon satu perintah atau notis kepada pihak ketiga diwartakan sebelum tindakan lanjut terhadap harta tersebut,” jelas Ashraf ketika prosiding. 

Hakim Mohamed Zaini Mazlan kemudian menetapkan 30 November ini bagi pengurusan kes selepas menerima pengesahan tiada bantahan daripada Addy Kana, 38, yang tidak diwakili peguam berhubung permohonan itu. 

Mohamed Zaini: Encik Zaidi, boleh sahkan tidak ada bantahan ke atas permohonan ini? 

Addy Kana: Ya, saya sahkan.

Pewartaan notis kepada pihak ketiga bermaksud pihak ketiga yang mempunyai kepentingan dan mahu menuntut wang tunai yang dirampas daripada responden itu harus hadir atau melalui peguam di hadapan Mahkamah Tinggi pada tarikh yang akan ditetapkan.

Pada 5 September lepas, Jabatan Peguam Negara memfailkan notis permohonan berhubung pelucut hak terhadap wang tunai RM20,000 yang diterima daripada Zaidi sebagai gantian kepada pembayaran wang pendahuluan bagi pembelian kenderaan jenis Toyota Alphard untuk dilucuthakkan kepada kerajaan.

Notis permohonan itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah, di sini, menamakan pendakwa raya sebagai pemohon dan Zaidi selaku responden. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya