MAFI sedia dana RM15 juta setahun bangunkan tanaman kelapa -

MAFI sedia dana RM15 juta setahun bangunkan tanaman kelapa

BADRUL Amin Hamzah menunjukkan hasil buah kelapa SGG yang bakal dituai untuk jualan baka dan benih di Kampung Gong Manak, Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. -UTUSAN/TOREK SULONG.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menyediakan peruntukan sebanyak RM15 juta setahun untuk membangunkan semula penanaman kelapa di seluruh negara bagi memenuhi keperluan pengguna domestik.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, negara ketika ini masih bergantung kepada bekalan kelapa yang diimport dari India, Sri Lanka dan Indonesia.

Menurutnya, bekalan tanaman kelapa tempatan yang ditanam di Johor, Perak dan Kelantan masih belum menampung sepenuhnya keperluan domestik.

“Dianggarkan ratusan ribu tan metrik kelapa diimport dari negara luar setiap bulan untuk permintaan tempatan terutamanya kepada pengusaha santan, kerisik dan pelbagai jenis perniagaan.

“MAFI akan menyokong usahawan yang berdaya maju untuk membangunkan tanaman kelapa di kawasan tanah terbiar bagi menggantikan pokok lama yang sudah tua,” katanya kepada pemberita selepas melawat kebun kelapa Varieti Sungai Gulang-Gulang (SGG) yang diusahakan oleh Badrul Amin Hamzah di Kampung Gong Tengah di sini hari ini.

Nik Muhammad Zawawi memberitahu, kerajaan negeri Kelantan turut menyalurkan peruntukan sebanyak RM600,000 setahun menerusi Jabatan Pertanian Kelantan.

Katanya, peruntukan itu bertujuan menebus tanah terbiar dengan agihan bantuan RM20,000 per hektar bagi tanaman kelapa dan RM10,000 untuk satu hektar bagi projek penanaman semula.

“Tempoh tuaian tanaman menggunakan baka kelapa ringan memerlukan tempoh antara tiga hingga empat tahun. Ia akan memberi pulangan lumayan sekiranya diusahakan dalam kapasiti yang besar.

“Tanaman kepala muda itu mampu melonjakkan industri pelancongan apabila harganya mampu mencecah RM10 hingga RM25 sebiji di kawasan pulau dan pusat peranginan,” ujarnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya