Lelaki panah anjing hingga mati dicari polis - Utusan Malaysia

Lelaki panah anjing hingga mati dicari polis

TANGKAP layar lelaki memanah anjing hingga mati di Wangsa Maju.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan anak panah di sebuah residensi di Wangsa Maju di sini.

Kejadian pada Rabu lalu turut dirakam seorang individu serta dikongsi oleh Persatuan Haiwan Terbiar Malaysia (SAFM) dalam media sosial.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan berkaitan kejadian tersebut. 

Bagaimanapun, katanya, pihak polis sedang berusaha untuk mengesan dan mengenal pasti suspek terlibat. 

“Tiada kertas siasatan dibuka setakat ini. Jika, dapat dikesan dan ditangkap, kita akan jalankan siasatan atas kesalahan penganiayaan terhadap binatang.

“Berdasarkan maklumat, kejadian berlaku pada 21 September di sebuah residensi di Wangsa Maju,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menerusi rakaman berdurasi 23 saat itu, kelihatan seorang lelaki memegang panah sebelum beberapa kali melepaskan anak panah ke arah anjing.

SAFM dalam kenyataan bersama video yang dikongsi di Facebook memaklumkan pihaknya menerima aduan mengenai kejadian itu.

“Menurut video yang dihantar, suspek kelihatan mengambil busur dan anak panah sambil mengekori seekor anjing terbiar.

“Suspek tanpa membuang masa menembak anjing malang itu apabila dia mempunyai peluang. Anjing ini didapati mati dengan anak panah masih tertanam dalam mukanya,” kata SAFM.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya