Langkawi kekurangan telur ayam - Utusan Malaysia

Langkawi kekurangan telur ayam

RAK menjual telur yang kosong kerana bekalan yang dihantar ke pulau itu tidak mencukupi ketika tinjauan dilakukan di sebuah pasar raya di Padang Matsirat, Langkawi, hari ini. -UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pengurangan bekalan telur kepada peniaga runcit di daerah ini menyebabkan ada kalangan peniaga yang terpaksa mengehadkan pembelian telur kepada pelanggan.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa premis di Padang Matsirat, di sini mendapati, kebanyakan kedai sudah kehabisan stok telur.

Malah, terdapat juga papan tanda yang mengehadkan pembelian telur kepada pelanggan diletakkan di rak jualan yang sudah kosong.

Seorang juruwang di sebuah pasar raya di Padang Matsirat yang hanya mahu dikenali sebagai Farhana, 24, berkata, bekalan telur yang dihantar pada setiap Rabu dan Ahad berkurangan sejak minggu lalu.

“Baru-baru ini pembekal memberikan kami 80 papan telur sahaja untuk sekali penghantaran.

“Saya tidak pasti sebelum ini biasanya berapa papan dihantar, tetapi jumlahnya mencukupi bagi memenuhi permintaan pelanggan di sekitar ini,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Seorang pengguna, Hafizah Abdullah, 32, berkata, terdapat kedai yang hanya menjual telur kepada golongan tertentu sahaja.

“Semasa bertanya mengenai bekalan telur, pekedai memberitahu disebabkan saya seorang bujang, dia akan membenarkan saya membeli lima biji telur sebelum mengambilnya di bawah meja juruwang.

“Saya berasa pelik kenapa perlu dihadkan sehingga begitu sekali sedangkan pelanggan membayar harga telur dan bukannya mencuri,” katanya.

Sementara itu, bagi peniaga kedai makan, Mohd. Hannan Hanif Abdul Halim, 33, memberitahu peniaga kecil sepertinya telah diberikan had pembelian telur sejak awal krisis bekalan telur itu berlaku.

“Biasanya kami diberikan had antara dua hingga tiga papan seorang untuk sehari.

“Bagi saya yang meniaga makanan, sekurang-kurangnya perlukan sepapan telur sehari, maka untuk menampung kegunaan saya perlu beli telur setiap hari kerana had yang diletakkan oleh penjual,” ujarnya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya