Kulim daerah pertama smart parkir di Kedah - Utusan Malaysia

Kulim daerah pertama smart parkir di Kedah

AMAL Zubir (kiri) menerima ikon KSP daripada Naib Presiden Eksekutif Hei Tech Padu, Abdul Halim Md. Lassim ketika majlis pelancarannya di Pusat Perniagaan Seraya Kulim, Kedah di sini. -UTUSAN/ AZAHAR HASHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Daerah Kulim menjadi daerah pertama di negeri ini yang melaksanakan sistem parkir menggunakan teknologi pintar dikenali sebagai Kulim Smart Parking (KSP) untuk memudahkan orang ramai berurusan di bandar itu.

Setiausaha Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK), Amal Zubir berkata, KSP merupakan kolaborasi antara pihak berkuasa tempatan (PBT) itu dengan syarikat Hei Tech Padu Bhd. untuk mengoperasikan sistem tempat letak kereta pintar yang meliputi 7,000 petak.

Katanya, sistem itu sebagai inisiatif MPKK bagi menambah baik serta meningkatkan taraf mutu perkhidmatan pelanggan khususnya pengurusan tempat letak kereta.

“Melalui KSP, orang ramai boleh menggunakan perkhidmatan itu untuk membuat transaksi berkaitan tempat letak kereta seperti membuat pembayaran parkir dan pembayaran pas bulanan parkir.

“Ini akan memudahkan orang ramai membayar parkir secara dalam talian atau menggunakan e-wallet yang mana ia lebih menjimatkan masa pengguna,” katanya pada pelancaran aplikasi KSP di Pusat Perniagaan Seraya, di sini.

Menurut Amal, berdasarkan kaji selidik yang dijalankan bermula Jun lalu, majoriti responden bersetuju bahawa bayaran letak kereta dalam talian menggunakan telefon pintar adalah lebih mudah berbanding bayaran secara tunai.

Jelasnya, pihak MPKK menghargai penduduk di daerah itu yang sudi memberi pandangan dan cadangan yang membina kepada mereka dalam menambah baik perkhidmatan untuk menuju era teknologi pintar.

Tambahnya, aplikasi KSP akan tersedia secara berperingkat dalam platform tertentu bermula penghujung bulan ini dan akan dapat diakses sepenuhnya pada pertengahan Oktober nanti. –UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya