PONTIAN: UMNO tidak akan lemah dan terjejas dengan kempen terbaharu daripada Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya parti itu dikalahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 ( PRU15 ). Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, Tun Dr. Mahathir kini bukan lagi ahli UMNO dan tidak mempunyai hak untuk mencampuri urusan parti. Menurut beliau, bekas Perdana Menteri itu hanya mengulangi ayat dan perkataan yang sama mengenai UMNO supaya orang Melayu percaya apa yang diperkatakannya tetapi ia hanya bermotifkan politik dendam semata-mata. Beliau berkata, penolakan pengundi…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya