"Saya tidak dapat mendedahkan berapa orang saksi yang kami

Kes bapa pelakon remaja: Polis ambil keterangan beberapa saksi

ARJUNAIDI Mohamed berucap dalam Townhall Polis Selangor di IPK Selangor, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN/ ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis memaklumkan beberapa saksi dipanggil bagi membantu siasatan terhadap dakwaan pukul  seorang pelakon remaja perempuan oleh bapa kandungnya berdasarkan laporan dibuatnya pada 8 September lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, saksi dipanggil sejak beberapa hari lalu bagi melengkapkan kertas siasatan kes tersebut.

“Saya tidak dapat mendedahkan berapa orang saksi yang kami panggil. Siasatan masih lagi dijalankan,” katanya ringkas kepada pemberita selepas sesi Townhall Polis Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, lelaki berusia 43 tahun itu direman sekali lagi selama empat hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 selepas perintah tersebut dikeluarkan Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali, hari ini.

Sebelum ini, suspek direman selama tujuh hari oleh Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya selepas ditahan kira-kira pukul 2.25 petang pada 6 September lalu di Kedah atas dakwaan gangguan seksual.

Ketika tangkapan, polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang dihantar ke Jabatan Forensik, Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk dianalisis. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya