KOTA BHARU: Ramai kalangan warganet terutama rakyat Kelantan memuja keangunan Nur Diana Petra Abdullah isteri kepada Sultan Kelantan yang membuat kemunculan pertama kali semalam.
Menerusi muat naik di laman sosial ramai memberi komen seperti cantik, Daulat Tuanku, dapat juga tenguk dan ada juga yang meneka kerakyataan Nur Diana.
Sejak diisytiharkan sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu, semalam adalah kali pertama isteri kepada Sultan Muhammad V berkenan menerima menghadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) di Istana Negeri Kubang Kerian.
Pertemuan tersebut kemudian dimuat naik di laman sosial Facebook Unit Media Pejabat Sultan Kelantan.
Pada majlis itu, baginda berkenan mengurniakan cenderamata kenangan kepada semua ahli rombongan.
Rombongan tersebut diketuai oleh Presiden PKDK, Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz dan beberapa ahli pertubuhan yang lain.
Utusan Malaysia pada 2 Ogos lalu melaporkan, Sultan Muhammad V berkenan mengisytihar Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, isteri baginda dengan gelaran Sultanah Kelantan. – UTUSAN