KBS minta belia sertai Satria bantu mangsa banjir -

KBS minta belia sertai Satria bantu mangsa banjir

MUHAMMAD Sanusi Md. Nor (dua kanan) bersama Ahmad Faizal Azumu bergambar dengan para pemenang cabutan bertuah yang berjaya membawa pulang tiga buah motosikal sempena Karnival Sejahtera Prihatin Negara di Dataran Aman Jaya Mall, Sungai Petani hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengajak lebih ramai belia menyertai Skuad Sukarelawan Anak Malaysia (Satria) untuk membantu dalam misi bencana banjir pada musim tengkujuh yang dijangka melanda negara tidak lama lagi.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, sukarelawan di bawah Jabatan Belia dan Sukan itu dijenamakan semula dalam usaha meluaskan peranan mereka dalam menghadapi apa jua bencana yang tidak dijangka di seluruh negara.

“Pasukan sukarelawan ini diwujudkan oleh KBS sebelum ini, tetapi baru dibuat penjenamaan semula untuk meluaskan peranannya. Kita tukar nama itu daripada pasukan sukarelawan kepada Satria kerana ingin memberi penghormatan kepada hero-hero negara yang tidak didendang ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Karnival Sejahtera Prihatin Negara yang dirasmikan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Dataran Aman Jaya Mall di sini, hari ini.

Ahmad Faizal berkata, nama Satria paling sesuai dan tepat untuk membolehkan ahlinya menghulurkan tangan bagi meringankan beban mangsa yang terlibat dalam semua bencana termasuk banjir.

“Ahli Satria akan diberi latihan dan pendedahan aspek keselamatan sebelum mereka masuk ke kawasan yang dilanda bencana.

“Kita akan merancang pergerakan mereka bersama barangan keperluan ke kawasan bencana supaya peranan mereka tidak bertindih dengan agensi lain yang untuk memastikan mangsa terlibat dapat pembelaan,” katanya.

Katanya, seramai 300,000 belia menyertai sukarelawan di bawah KBS itu sehingga kini dan berharap lebih ramai belia akan menyertai Satria selepas ini.

Sementara itu, Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana banjir pada musim tengkujuh yang dijangka mula melanda November ini.

“Semua jentera kerajaan negeri merangkumi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri yang akan mengendalikan bilik gerakan bersedia sepenuhnya bersama semua pejabat daerah berdasarkan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Mesyuarat bencana banjir akan bermula minggu depan dan dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Norizan Khazali untuk membuat keseluruhan persediaan menghadapi banjir yang berlaku saban tahun itu,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya