Jenazah Adib Adam selamat dikebumi di Makam Pahlawan -

Jenazah Adib Adam selamat dikebumi di Makam Pahlawan

JENAZAH Mohd. Adib Mohamad Adam dibawa ke Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka untuk solat jenazah serta bacaan talkin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Jenazah bekas Ketua Menteri Melaka Kelima, Allahyarham Datuk Seri Mohd. Adib Mohamad Adam selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Al-Azim di sini, kira-kira pukul 9.20 malam tadi.

Mohd. Adib, 81, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 8.20 pagi semalam.

Jenazah kemudian dibawa ke Masjid Darul Ehsan, Taman Tun Abdul Razak di Ampang, Selangor untuk dimandi, dikafan dan selesai solat jenazah sebelum dibawa ke Melaka untuk dikebumikan.

Allahyarham tiba di pekarangan Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini kira-kira pukul 7.45 malam dan solat jenazah serta bacaan talkin telah dipimpin imam besar masjid berkenaan, Datuk Mohammad Hashim Al-Hafiz.

Hadir sama pada pengebumian, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari.

Allahyarham yang dilahirkan pada 2 Julai 1941 meninggalkan isteri, Datin Seri Zainiah Hussein dan empat orang anak. 

Mohd. Adib menyandang jawatan Ketua Menteri Melaka Kelima dari 11 Julai 1978 hingga 26 April 1982, selain pernah memegang jawatan Menteri Penerangan dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Koperasi dan Usahawan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya