Jalur Gemilang terpanjang rentas 3.4 kilometer 

Jalur Gemilang terpanjang rentas 3.4 kilometer 

AHLI UMNO Bahagian Tangga Batu merentangkan Jalur Gemilang sepanjang 3.4 kilometer dari Jalan Pantai Kota Laksamana ke Klebang, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sebanyak 2,000 Jalur Gemilang dijahit sebelum direntangkan sejauh 3.4 kilometer (km) dari Jalan Pantai Kota Laksamana ke Klebang di sini bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-65.

Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, bendera itu dijahit selama enam hari hasil sumbangan orang ramai termasuk dalam kalangan ahli UMNO di bahagian itu.

Menurutnya, seramai 240 ahli parti dari empat Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Klebang, Pantai Kundor, Sungai Udang dan Paya Rumput mengambil bahagian dengan beratur sambil merentangkan Jalur Gemilang berkenaan.

“Tujuan menganjurkan pemasangan Jalur Gemilang ini untuk melahirkan rasa kecintaan, rasa penghormatan kita sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-65. Hari ini saya lihat ramai rakan-rakan di Parlimen Tangga Batu yang hadir dan teruja merentangkan Jalur Gemilang.

“Ini kerana dua tahun lalu, kita tidak dapat menganjurkan sebarang aktiviti menyambut kemerdekaan disebabkan negara dilanda pandemik Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar.

Tambah Mohamad Ali, hampir dua jam masa diambil untuk merentangkannya bermula pukul 5.30 petang hingga menarik perhatian pengguna jalan raya yang melalui laluan tersebut.

“Seluruh rakyat harus melahirkan rasa kesyukuran agar negara terus dipelihara daripada sebarang keadaan yang tidak menentu yang boleh menjejaskan kestabilan negara,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya