FIJO 2022 angkat Johor destinasi produk, perkhidmatan Islamik -

FIJO 2022 angkat Johor destinasi produk, perkhidmatan Islamik

ROSLE JAAMAT (kanan) dan Mohamad Radif (kiri) serta Dr. Isma Shida Abu Samah yakin FIJO 2022 mampu angkat Johor sebagai destinasi utama produk dan perkhidmatan halal di peringkat antarabangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Festival Islam dan Halal Antarabangsa Johor (FIJO) 2022 mampu meletakkan negeri ini sebagai destinasi utama bagi produk dan perkhidmatan Islam di peringkat antarabangsa.

Pengerusi Eksekutif Warisan Advertising Sdn. Bhd., Datuk Rosle Jaamat berkata, walaupun baru memasuki penganjuran kali kedua tahun ini, namun, festival itu mendapat sambutan amat menggalakkan.

Antara kekuatan yang dimiliki FIJO adalah lokasi yang strategik dan berhampiran pelabuhan antarabangsa dan juga beberapa negara jiran serta infrastruktur yang lengkap.

“FIJO yang pertama kali diadakan pada 2019 berjaya menyumbang jumlah jualan sebanyak RM7 juta dan penganjuran kali kedua ini akan diadakan dalam skala lebih besar.

“Selain daripada jenama produk dan perkhidmatan popular tempatan, FIJO 2022 juga akan disertai dari pelbagai negara antarabangsa antaranya Indonesia, Singapura, Palestin, Australia, United Kingdom, Turkiye, Arab Saudi, Pakistan, Somalia, Sudan dan juga Emiriah Arab Bersatu.

“Secara keseluruhannya, sebanyak 400 tapak jualan disediakan dan setakat ini, 90 peratus daripadanya telah ditempah pengusaha-pengusaha produk dan perkhidmatan halal dari seluruh dunia,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

Tambah Rosle selaku penganjur bersama festival berkenaan, keunikan FIJO 2022 berbanding festival-festival lain adalah ia mengetengahkan pelbagai produk dan perkhidmatan halal dan Islamik.

“Sempena festival itu, turut diadakan pameran artifak Rasulullah dan juga Rehlah Nabawiyyah, acara Malam Johor Berselawat, pertandingan nasyid dan marhaban serta pelbagai lagi.

“Selebriti popular tanah air iaitu Neelofa turut mengendalikan satu segmen iaitu Manisnya al-Quran dengan berkongsi pengalaman peribadinya dalam mendekati agama,” ujarnya.

Sementara itu, Pengurus Besar Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB), Mohamad Radif Kosnin pula memberitahu, FIJO 2022 merupakan sebuah ekspo perdagangan berkonsepkan perniagaan dan dakwah.

“Menerusi FIJO ini, pengusaha tempatan dapat menjalin kerjasama, sekali gus menembusi pasaran halal antarabangsa. Selain peserta luar, seramai 108 usahawan di bawah PUJB akan turut memasarkan produk dan perkhidmatan mereka,” jelasnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya