Eksport kayu-kayan negara meningkat 13.8 peratus -

Eksport kayu-kayan negara meningkat 13.8 peratus

MOHD. Zahari Ismail (dua, kiri) dan wakil MTC meninjau tapak pameran program Focus Group Dialogue Wood Industrial Talk 2022 di PPSSAAS di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Permintaan produk kayu-kayan Malaysia bagi pasaran eksport mencatatkan peningkatan 13.8 peratus atau RM13.2 bilion pada suku kedua tahun ini berbanding tempoh sama pada 2021.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Kayu Kayan Malaysia (MTC), Muhtar Suhaili berkata, statistik memberangsangkan itu direkodkan pihaknya sepanjang tempoh Januari hingga Jun lalu.

“Sebagai pemegang taruh utama industri kayu kayan, MTC sentiasa bekerjasama dalam pelbagai program pembangunan dan transformasi berkaitan.

“Justeru, penambahbaikan kurikulum kayu kayan di institusi pengajian tinggi (IPT) memerlukan penyertaan secara kolektif sektor industri itu di seluruh negara,” katanya dalam ucapan perasmian Focus Group Dialogue Wood Industrial Talk 2022 di Politeknik Premier Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PPSSAAS) di sini, hari ini. 

Program itu bertujuan menyerlahkan bidang perkayuan sebagai salah satu pilihan TVET di negara ini yang turut menghimpunkan wakil industri, ahli akademik dan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti.

Menurut Muhtar, pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menerusi penglibatan pihak industri merupakan pendekatan proaktif ke arah negara berpendapatan tinggi.

“Langkah itu dengan meningkatkan lagi jumlah tenaga mahir berkualiti tinggi seperti yang digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12),” katanya.

Sementara itu, Pengarah PPSSAAS, Dr. Mohd. Zahari Ismail mencadangkan bidang perkayuan yang ditawarkan di Politeknik dan Kolej Komuniti diwujudkan sebagai satu jabatan khusus berbanding di bawah Jabatan Kejuruteraan Awam ketika ini.

“Saya menyarankan kementerian dan pengarah berkaitan melihat semula kedudukan program itu bersempena penjajaran semula yang sedang dibuat.

“Ia bagi memastikan program ini menjadi lebih fokus, cepat dan dapat terus berhubung dengan institusi atau agensi yang menawarkan program sama,” katanya. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya