Ejen kosmetik diculik disembunyi di Thailand? - Utusan Malaysia

Ejen kosmetik diculik disembunyi di Thailand?

ROSNAZIRAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Keluarga kepada ejen jualan barangan kosmetik yang didakwa diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, di sini semalam dipercayai disembunyikan di Thailand.

Seorang ahli keluarga Rosnazirah Mohd. Naim, 36, yang enggan di kenali berkata, dakwaan tersebut nampak berasas selepas kereta digunakan oleh kumpulan lelaki berkenaan ditemukan berhampiran kawasan pangkalan haram di Sungai Golok ddi Pengkalan Kubor.

“Setakat ini tiada sebarang maklumat terbaharu yang diterima oleh ahli keluarga.

“Jadi saya mohon kepada masyarakat di luar sana untuk turut sama mendoakan semoga Rosnazirah ditemukan dengan selamat,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Utusan Online hari ini melaporkan, seorang ejen jualan produk kosmetik didakwa `dilarikan’ tiga lelaki dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu di sini petang semalam.

Dalam kejadian pukul 4.10 petang, Rosnazirah, didakwa dilarikan oleh tiga lelaki dengan menggunakan sebuah kereta jenis Toyata Vios berwarna perak

Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah dalam satu kenyataan mengesahkan polis menerima laporan berhubung kehilangan wanita itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya