Edar 21.8kg ganja, pemandu van berdepan hukuman gantung - Utusan Malaysia

Edar 21.8kg ganja, pemandu van berdepan hukuman gantung

ANGGOTA polis mengiringi tertuduh selepas menghadapi pertuduhan mengedar dadah di Mahkamah Majistret Sungai Petani,hari ini. -UTUSAN/OTHMAN YAHAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang pemandu van dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 21.8 kilogram (kg) ganja di Pinang Tunggal di sini, awal bulan ini.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada  Mohamad Ezwandy Mohd. Nasir, 33, sebaik pertuduhan  dibacakan di hadapan Majistret Noor Fazlina Musa.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengedar dadah tersebut di sebuah rumah di Kampung Serukam, Pinang Tunggal pukul 4.30 petang, 1 September lalu.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39(B)(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan 15 kali sebatan.

Mahkamah tidak menawarkan jaminan dan menetapkan 13 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Pada 4 September lalu, akhbar ini melaporkan tiga sekeluarga ditahan kerana disyaki mengedar dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah kampung di Pinang Tunggal di sini.

Dalam serbuan  pukul 4.30 petang itu, polis menahan seorang lelaki berusia 33 tahun disyaki dalang pengedaran dadah bersama bapanya berusia 59 tahun dan sepupu lelaki berusia 22 tahun. 

Serbuan menemukan 21 ketulan mampat daun kering disyaki ganja dianggarkan seberat 21.9kg bernilai kira-kira RM52,500. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya