Datin bergelut dengan penyamun maut - Utusan Malaysia

Datin bergelut dengan penyamun maut

GAMBAR jabatan forensik Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) Seremban.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang Datin terbunuh dalam pergelutan dengan seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya dalam kejadian di Taman Paroi Jaya di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian itu pukul 8.25 malam melibatkan kematian seorang mangsa wanita berusia 70-an.

“Hasil siasatan tempat kejadian mendapati terdapat kesan kecederaan di anggota badan mangsa.

“Beberapa barang peribadi mangsa telah tiada,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, mangsa adalah  isteri kepada seorang bekas ahli perniagaan bergelar Datuk.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban bagi  bedah siasat.

Beliau berkata, setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan dan polis sedang memburu suspek yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Sehubungan kejadian itu, polis memohon seorang saksi iaitu Mohd. Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, yang beralamat di Lot 24 Kampung Berkat Chembong, Rembau untuk membantu siasatan.

Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Fauzan Azima Razak di talian 06-6033222 bagi menyalurkan maklumat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya