Covid-19: Kes positif terus meningkat; 12 kematian -

Covid-19: Kes positif terus meningkat; 12 kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,245 kes berbanding kelmarin, 2,111 kes sekali gus mengatasi 1,901 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 581 kes diikuti Kuala Lumpur (523), Perak (182), Sabah (178), Negeri Sembilan (137), Sarawak (136) dan Pulau Pinang (103). 

Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Melaka (91), Kedah (76), Kelantan (70), Pahang (50), Johor (40), Terengganu (34) dan Putrajaya (27).

Hanya dua lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Perlis, sembilan kes dan Labuan sebanyak lapan kes.

 Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 395 orang berbanding kelmarin, 407 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 55 kes berbanding jumlah kelmarin, 57 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 35 kes berbanding jumlah kelmarin, 37 kes. 

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 14 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,078 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan 12 kes berbanding jumlah kelmarin, enam kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,342 kes. 

Manakala, tujuh kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,729 kes. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya