PUTRAJAYA: Malaysia merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 1,639 kes berbanding kelmarin, 1,572 kes sekali gus diatasi 2,695 kes sembuh.
Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my, hari ini, Selangor menjadi negeri tertinggi kes positif iaitu 659 kes diikuti Kuala Lumpur (295), Sabah (137) dan Perak (108).
Bagi negeri catat bawah 100 kes iaitu Negeri Sembilan (70), Sarawak (60), Pulau Pinang (57), Kedah (55), Johor (48), Melaka (46), Kelantan (36), Pahang (32), Putrajaya (19) dan Terengganu sebanyak 13 kes.
Hanya dua lokasi mencatatkan kes satu angka iaitu Labuan, tiga kes dan Perlis sebanyak satu kes.
Pesakit Covid-19 yang diwadkan seramai 322 orang berbanding kelmarin, 335 orang.
Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 60 kes bersamaan jumlah kelmarin.
Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 39 kes berbanding jumlah kelmarin, 37 kes.
Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak 18 kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,077 kluster.
Dalam perkembangan melibatkan kematian Covid-19, Malaysia mencatatkan empat kes berbanding jumlah kelmarin, tiga kes sekali gus menjadikan jumlah terkini sebanyak 36,312 kes manakala, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,718 kes. –UTUSAN