Bung Mokhtar, Ahmad Said, beberapa pimpinan tiba di Menara

Bung Mokhtar, Ahmad Said, beberapa pimpinan tiba di Menara Dato Onn

BUNG Mokhtar tiba di perkarangan Menara Dato Onn bagi menghadiri mesyuarat MT UMNO. -UTUSAN/FARIZ RUSAIDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Beberapa pimpinan UMNO mula tiba di pekarangan Menara Dato Onn bagi menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi, malam ini.

Antaranya, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

AHMAD Said (tengah) ketika menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Putra (WTC) di sini, hari ini.-UTUSAN/FARIZ RUSADIO

Selain itu, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Terdahulu, mesyuarat MT UMNO malam ini dipercayai membincangkan berkaitan pembubaran Parlimen dan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

WAN Rosdy Wan Ismail ketika menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Putra (WTC) di sini, hari ini. -UTUSAN/ FARIZ RUSADIO

Perbincangan pada malam ini dijangka memperincikan berhubung perkara yang dibincangkan lima pemimpin UMNO atau Top 5, petang tadi.

Pada 19 September, media melaporkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pertemuan dengan lima kepimpinan tertinggi UMNO adalah bagi membincangkan tarikh PRU-15 akan diadakan dalam masa terdekat mungkin sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober depan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya