Bumbung BlueScope untuk keselesaan masyarakat

Bumbung BlueScope untuk keselesaan masyarakat

SALAH sebuah rumah yang terlibat dalam program Roofing Our Community BlueScope.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program ‘Roofing Our Communities’ BlueScope telah membantu masyarakat yang kurang bernasib baik mempunyai kediaman yang selesa.

Program bagi menggantikan bumbung rumah yang rosak itu bermula pada 2021 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan sasaran meringankan beban mereka yang kurang bernasib baik ketika pandemik Covid-19.

Program “Roofing Our Communities” dilihat sebagai peluang untuk BlueScope berhubung dengan masyarakat melalui penyediaan kediaman yang lebih baik.

“Kami percaya memiliki kediaman yang selesa lebih dari sekadar bumbung yang melindungi dari hujan dan panas.

“Teknologi yang dilabur pada produk kami seperti pengurangan haba memberikan keselesaan dan tahan lama.

“Ini akan memberikan kegembiraan berterusan untuk dinikmati oleh semua,” kata Naib Presiden Pemasaran NS BlueScope Malaysia, Ken Wong.

Inisiatif penggantian bumbung ini bukan sahaja terbuka untuk rumah kediaman, malah melibatkan beberapa bangunan komuniti seperti rumah orang tua, dewan komuniti dan sebagainya.

Kriteria untuk layak menerima inisiatif ‘Roofing Our Communities’ ini adalah melalui penamaan secara awam (public nomination) di https://www.nsbluescope.com/my/my-roc/. Kemudian, pihak BlueScope akan menjalankan pemeriksaan tapak dan memaklumkan penerima yang terpilih.

Selain BlueScope Malaysia sebagai penggerak utama program ini, turut terlibat adalah Le Nam Megasheet (M) Sdn. Bhd., MKT Marketing Sdn. Bhd., dan Esion Truss System Sdn. Bhd.

Setakat ini program ini telah membantu mengubah kehidupan para penerimanya kerana memiliki kediaman lebih selesa dan tidak perlu lagi bimbang terutama ketika musim hujan.

Untuk itu BlueScope berterima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan inisiatif ini seperti Le Nam dan rakan-rakan kongsi lain yang memainkan peranan penting dalam program penggantian bumbung ini.

Ia membabitkan satu rantaian kerjasama yang panjang daripada besi menjadi bumbung. Bermula dari bahan mentah menjadi bumbung sebelum pemasangan.

Bagi Le Nam pula, mereka berbangga kerana menjadi sebahagian daripada penyokong program ini dengan membantu masyarakat memiliki kediaman lebih selesa.

“Kami harap ini akan memberi inspirasi kepada lebih ramai untuk menyumbang kepada masyarakat. Kami mahu menggalakkan setiap orang bahasa walau apa pun cabaran yang dihadapi pasti ada cahaya di hujung terowong,” kata Pengerusi Le Nam Megasheet (M) Sdn. Bhd., Dato’ Khor Lee Nam.

Bagi Esion Truss System pula, mereka berterima kasih kepada Le Nam dan BlueScope kerana memberi peluang untuk terlibat dalam program yang bermakna ini.

Ini memberi peluang kepada syarikat seperti Esion Truss System turut menyumbang kepada masyarakat melalui kepakaran mereka dalam pemasangan bumbung.

Bagi penerima pula mereka memang puas hati dengan penggantian bumbung baharu daripada BlueScope. Bumbung ini lebih selesa kerana tidak bising ketika hujan.

“Sebelum ini bila hujan dan angin kuat, saya selalu risau takut bumbung diterbangkan angin sebab sudah reput dan tak kukuh.

“Terima kasih kepada BlueScope dan kontraktor. Semoga ramai lagi yang akan dapat diringankan beban oleh kempen ini,” kata salah seorang penerima “Roofing Our Communities.” – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya