Bendera Negeri Sembilan dikibar separuh tiang 19 September -

Bendera Negeri Sembilan dikibar separuh tiang 19 September

TUANKU MUHRIZ TUANKU MUNAWIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan memerintahkan bendera Negeri Sembilan dikibarkan separuh tiang pada hari Isnin, 19 September ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, Datuk Dr. Razali Ab Malik berkata, langkah ini bagi menzahirkan penghormatan baginda kepada Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 9 September lalu.

“Titah tersebut juga sebagai tanda menghormati kemangkatan baginda ratu di Istana Balmoral, Scotland selepas 70 tahun menduduki takhta yang merupakan monarki paling lama bertakhta dalam sejarah United Kingdom.

“Sehubungan itu, kerajaan Negeri Sembilan menjunjung titah dan mengarahkan semua jabatan dan agensi di negeri ini agar mengibarkan bendera Negeri Sembilan separuh tiang, ” katanya dalam kenyataan semalam. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya