Bapa Soh Chin Ann meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bapa Soh Chin Ann meninggal dunia

SOH Tee Yong (tengah) sedang berbual dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali sewaktu menziarahinya pada sambutan Tahun Baru Cina, Januari lalu. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Soh Tee Yong bapa kepada legenda bola sepak negara, Datuk Soh Chin Ann meninggal dunia di Hospital Alor Gajah dekat sini pukul 1.00 pagi tadi.

Chin Ann berkata, mayat mendiang bapanya yang berusia 107 tahun akan dibawa ke kediamannya di Jalan Kolam Air, Alor Gajah.

“Ayah saya dimasukkan ke Hospital Alor Gajah kerana tidak berapa sihat sejak tiga hari lepas apabila kesihatannya merosot kerana tidak boleh makan.

“Semua adik-beradik mengambil keputusan untuk menghantar bapa mendapatkan rawatan, namun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1.00 pagi tadi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Chin Ann berkata, mendiang meninggalkan lapan anak iaitu lima lelaki dan tiga perempuan yang kesemuanya masih hidup.

Jelasnya, mayat mendiang akan berada di rumah  empat hari bagi membolehkan saudara mara, jiran, kenalan dan sahabat untuk memberi penghormatan terakhir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya