Ayam Serama masih 'digilai' - Utusan Malaysia

Ayam Serama masih ‘digilai’

SUN Meng (dua dari kiri) bersama peserta Perlis yang mendapat Johan, Mohd. Suhaiiny Zakaria, 41, (dua dari kanan) bersama peserta Terengganu yang mendapat tempat kedua dan tempat ketiga Johor bagi Pertandingan Liga Ayam Serama Malaysia 2022 di Pengkalan Chepa, Kelantan, semalam. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pertandingan ayam serama masih lagi ‘digilai’ dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat lebih 400 ekor haiwan itu dipertandingkan bagi mencari juara pada pertandingan Liga Ayam Serama Malaysia 2022 di Taman Orkid di Pengkalan Chepa, di sini semalam.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Persatuan Ayam Serama Kelantan, Wong Sun Meng berkata, penyertaan yang diterima dari luar negeri ini seperti Kedah, Johor dan Perlis itu membuktikan unggas itu masih mendapat tempat dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, paling mengejutkan ada dalam kalangan peserta sanggup membawa ayam serama miliknya yang bernilai RM13,000 untuk menyertai pertandingan itu.

“Ini merupakan pertandingan kedua selepas kali pertama dikenalkan pada tahun 2019 lalu. Walaupun dua tahun berdepan dengan Covid-19 namun sambutan yang diterima cukup meriah.

“Melihat kepada situasi itu kit bercadang untuk menganjurkan program ini dalam skala lebih besar di Bachok, pada November depan,” katanya.

Sun Meng memberitahu, golongan profesional, pesara tentera dan penjawat awam turut menyertai pertandingan ini yang menjadikan ayam serama sebagai binatang peliharaan pada waktu lapang.

Katanya, keunikan ayam serama terus menjadi daya penarik sekaligus meletakkan ia terus kekal relevan dalam kalangan masyarakat.

“Program ini juga mendapat sokongan dan tajaan daripada Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan,” ujarnya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya