Amang seksual: Empat mangsa buat laporan terhadap selebriti - Utusan Malaysia

Amang seksual: Empat mangsa buat laporan terhadap selebriti

ARJUNAIDI MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis menerima empat laporan daripada mangsa-mangsa amang seksual yang didakwa membabitkan seorang selebriti yang kini direman enam hari sejak 9 September lalu..

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, dua laporan diterima di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada 30 Ogos lalu dan masing-masing satu laporan di IPD Shah Alam dan Kajang.

“Kebenaran tahanan reman  diperoleh daripada Mahkamah Majistret selepas pasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah IPK Selangor membuat tangkapan ke atas selebriti berkenaan pada  pukul 4 petang Khamis lalu di IPK.

“Siasatan awal mendapati, selebriti warga tempatan yang berkenalan dengan kesemua pengadu dalam program motivasi yang diadakan di sekolah di sekitar negeri ini. Hasil perkenalan tersebut, selebriti itu didakwa melakukan jenayah amang seksual fizikal kepada semua pengadu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Terdahulu, Arjunaidi mengesahkan tangkapan ke atas seorang selebriti berusia  40-an bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual terhadap beberapa remaja lelaki bawah umur.

Perbuatan selebriti  itu terbongkar selepas mangsa tampil membuat laporan polis di IPD Klang Selatan. 

Arjunaidi memaklumkan, siasatan  ke atas selebriti itu  dilakukan  di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. 

Beliau menasihatkan orang ramai tidak membuat spekulasi berhubung kejadian ini kerana akan menjejaskan siasatan dan boleh menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN