Alor Gajah, Jasin lokasi tanam semula getah Melaka -

Alor Gajah, Jasin lokasi tanam semula getah Melaka

ABDUL RAZAK Abdul Rahman (empat dari kiri) menyampaikan replika cek kepada seorang penerima pada Majlis Konvensyen GAP Peringkat Risda Melaka di Kompleks Komuniti Desa (KKD) Telok Mas, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Program tanam semula getah akan tertumpu di sekitar daerah Alor Gajah dan Jasin kerana kawasan itu dilihat masih mempunyai banyak tanaman getah yang berpotensi untuk dimajukan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, program itu penting kerana komoditi berkenaan dijangka terus menjadi produk pertanian berharga pada masa akan datang.

Menurutnya, beliau yakin dan percaya akan berlaku perubahan harga membabitkan getah suatu masa nanti.

“Tidak mustahil sampai satu masa, harga getah akan naik ke tahap tertinggi. Contohnya, harga buah tandan segar (BTS) kelapa sawit tiga tahun lalu sekitar RM200 hingga RM300 lebih (satu tan).

“Tahun lepas meningkat sehingga RM1,000 untuk satu tan. Jadi, putaran ini akan berlaku juga untuk getah apabila sampai masanya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Konvensyen Amalan Pertanian Baik (GAP) Peringkat Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) negeri di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Abdul Razak memaklumkan, Melaka berhasrat mengangkat semula getah menerusi program tanam semula bagi memastikan industri getah negara terus berdaya saing.

Jelasnya, Risda negeri memperuntukkan sebanyak RM2.4 juta untuk membantu 1,392 pekebun kecil demi menjayakan hasrat tersebut.

“Bantuan berkenaan meliputi kawasan tanaman getah seluas 1,739 hektar. Peruntukan ini disalurkan bagi membimbing pekebun kecil daripada peringkat pembersihan kawasan sehingga tanaman semula dan kemudian di peringkat pemasaran.

“Sekarang adalah waktu yang paling sesuai terutamanya kepada pekebun kecil yang memiliki pokok getah yang sudah berusia melebihi 30 hingga 40 tahun,” ujarnya. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya