Abdul Malik dilantik Ketua Polis Daerah Nilai baharu -

Abdul Malik dilantik Ketua Polis Daerah Nilai baharu

MAJLIS serah terima tugas antara Mohd. Fazley (kiri) kepada Ketua Polis Daerah Nilai yang baharu, Abdul Malik (kanan) berlangsung di IPD Nilai, Nilai, Seremban dengan disaksikan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid.-UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Superintenden Abdul Malik Hasim dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Nilai baharu berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan beliau bagi menggantikan bekas Ketua Polis Daerah Nilai, Asisten Komisioner Mohd. Fazley Ab Rahman yang akan meneruskan tanggungjawab baharu sebagai Ketua Penolong Pengarah Pendakwaan dan Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

Majlis serah terima tugas itu berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di sini dengan disaksikan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ruslan Khalid.

Ruslan berkata, pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Mohd. Fazley yang banyak menyumbang bakti selama satu tahun sembilan bulan beliau menjawat jawatan Ketua Polis Daerah Nilai. 

“Saya percaya beliau sentiasa bersedia berkhidmat menabur bakti kepada masyarakat dan pasukan walau di mana saja berada khususnya di Jabatan Siasatan Jenayah nanti,” katanya ketika berucap pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Nilai baharu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ruslan berkata, dengan kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh pucuk pimpinan, beliau yakin Abdul Malik mampu mengorak langkah dalam melaksanakan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Nilai yang baharu dengan penuh dedikasi.

“Berdasarkan pengalaman yang dimiliki, saya yakin beliau bersedia meneruskan legasi kecemerlangan yang dicipta oleh kepimpinan terdahulu untuk melakar sejarah gemilang pada masa hadapan.

“Saya menyeru kepada seluruh warga IPD Nilai memberikan kerjasama sepenuhnya kepada beliau nanti,” katanya. 

Dalam majlis yang sama, turut diadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (Perkep) IPD Nilai antara isteri Mohd. Fazley iaitu Siti Rozaida Aripin dengan Wan Norulain Wan Hamid.

Mengenai latar belakang Abdul Malik, beliau merupakan anak kelahiran Semporna, Sabah yang  memulakan kerjayanya sebagai konstabel polis pada 2003. 

Beliau seorang pegawai  kanan  polis  yang  berpengalaman  luas khususnya di Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Pengurusan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya