70% ahli UMNO bersimpati terhadap Najib - Utusan Malaysia

70% ahli UMNO bersimpati terhadap Najib

AHMAD MASLAN bersama peserta Konvoi Kemerdekaan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) ke Port Dickson selepas taklimat pertandingan Kampung Sejahtera di Kampung Puteri Menangis, Ayer Baloi, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kajian  mendapati 70 peratus ahli UMNO berdukacita dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, selebihnya 30 peratus terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu tidak kisah dengan hukuman tersebut dan satu lagi menghormati keputusan  mahkamah.

Menurut beliau, UMNO tidak mahu bergembira atas kedukaan orang lain, sebaliknya politik bukan hanya mengenai data, fakta, angka malah juga berkaitan emosi yang ketika ini adalah dukacita, marah dan sebagainya.

Katanya, emosi rakyat sebelum ini pernah berlaku pada Pilihan Raya Umum ( PRU ) pada tahun 1999, apabila rakyat kesian kepada Datuk Seri Anwar Ibarhim dan marah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Kami tidak mahu rakyat marah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri  Yaakob, tetapi rakyat perlu marah apabila berlaku pendakwaan politik berpilih ketika pemerintah kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018/2019,” katanya selepas menghadiri taklimat persiapan Kampung Puteri Menangis yang menyertai pertandingan Aspirasi Kampung Sejahtera Peringkat Negeri Johor pada Selasa depan.

Menolak

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan emosi marah dan simpati kepada Datuk Seri Najib Tun Razak akan digunakan bagi menghadapi PRU15.

 “Emosi marah dan simpati tidak harus disia-siakan oleh ahli-ahli UMNO kerana boleh digunakan bagi menarik simpati rakyat dengan apa  yang  menimpa bekas Perdana Menteri itu,” ujarnya.

Mengenai tindakan beberapa pihak mengumpul petisyen serta tandatangan ahli-ahli UMNO bagi mendapatkan pengampunan daripada Yang  di-Pertuan Agong, pihaknya tidak menghalang usaha itu termasuk olen pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Bagaimanapun, jelas Ahmad, soal pengampunan atau sebaliknya adalah hak Yang di-Pertuan Agong dan tidak bergantung terhadap tindakan yang dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk menerusi petisyen.

Beliau berharap, ahli-ahli UMNO tidak patah dan lemah semangat dengan apa yang berlaku ke atas bekas Presiden UMNO itu, sebaliknya  berusaha lebih keras bagi memenangi PRU15.

“Beberapa usaha yang pernah dilakukan oleh Najib Tun Razak sebelum ini sewajarnya menjadi dorongan dan sokongan kepada ahli-ahli UMNO untuk terus memperkukuhkan parti pada masa akan datang,” katanya sambil menegaskan bahawa UMNO akan terus mengamalkan politik matang dan tidak akan membawa ahli-ahli ke jalanan, sebaliknya menggunakan platform dan wadah yang sesuai untuk menyatakan soladiri kepada  Najib.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya