Vape sama bahaya seperti rokok - Utusan Malaysia

Vape sama bahaya seperti rokok

Sulastri Samsudin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dari Kuala Lumpur dikesan mengalami gejala muntah-muntah, demam, pening dan kemudiannya dia didapati pengsan di rumah.

Pemeriksaan lanjut mendapati punca utama kanak-kanak itu mengalami kesemua gejala itu adalah disebabkan terdedah dengan vape.
Selain itu, pada 4 Julai 2021, seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dari Johor dikesan mengalami gejala seperti anafilaksis iaitu sesak nafas, ruam di seluruh badan dan demam selepas empat jam menggunakan perisa vapet.

Malah, satu kes dikesan pada 4 Oktober 2021 membabitkan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di Perak mengalami sawan setelah menggunakan vape yang diperoleh dari rakannya.
Kesemua kes-kes itu yang melibatkan kanak-kanak serta remaja belasan tahun merupakan kes-kes membabitkan kesan sampingan selepas penggunaan vape yang diterima oleh Pusat Racun Negara (PRN).

Menurut Pegawai Farmasi PRN, Sulastri Samsudin, kebanyakan kes keracunan cecair vape melibatkan kanak-kanak berusia satu hingga empat tahun malah pesakit paling muda yang dilaporkan kepada PRN baru berusia tiga bulan yang terminum cecair vape.

“Majoriti pesakit terminum cecair isian semula vape yang diletakkan di tempat yang mudah dicapai oleh kanak-kanak.

“Namun demikian, sejak kebelakangan ini PRN turut mengesan semakin banyak panggilan melibatkan kes kanak- kanak seawal usia satu tahun cuba menghisap vape generasi terkini dalam bentuk

POD dan mengandungi nikotin pada kepekatan yang tinggi,’’ katanya ketika ditemui di PRN, Universiti Sains Malaysia (USM).

Katanya, penyakit Evali atau nama sebenarnya ‘vaping product use-associated lung injury’ kini menjadi satu ancaman kepada kesihatan penghisap tegar rokok elektronik atau vape yang berisiko tinggi membawa kerosakan pada paru-paru.

“Sebanyak 13 kes telah dilaporkan pada tahun 2020 , manakala pada tahun 2021, kes bertambah dua kali ganda kepada 21 kes,’’ katanya.

Sulastri mendedahkan, pada Oktober 2021, PRN telah membuat notifikasi satu kes berpunca daripada vape yang teruk melibatkan seorang remaja kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang kemudiannya dikenal pasti sebagai kes EVALI pertama di kesan di Malaysia.

“Dia merupakan seorang perokok yang baharu bertukar kepada vape kira-kira dua atau tiga minggu dan dia terpaksa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) setelah mengalami gejala Acute Respiratory Distress Sindrome (ARDS) dan rhababdomyalisis,’’ katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Sains PRN, Dr. Normaliza Abdul Manaf berkata, PRNLab pernah menerima 11 sampel cecair dari KKM penyewaan daripada penemuan kemungkinan kes EVALI.

“Ujian makmal spesifik yang diminta untuk pengesahan EVALI termasuk pengesanan propilena glikol,gliserin, gliserol dan nikotin.

“Ujian makmal tambahan merangkumi ujian vitamin E – asetat dan logam berat dan pihak makmal melakukan ujian propilena glikol, gliserol, nikotin, vitamin E – asetat dan logam berat ke atas semua sampel tersebut,’’ katanya.

Tambah Normaliza, keputusan analisa makmal mendapati semua sampel mengandungi propilena glikol, gliserol dan nikotin. Beberapa sampel dikesan mengandungi bahan perisa seperti vanillin, ethyl vanillin, ethyl maltol dan benzyl alcohol.

“Walaubagaimanapun, ada sampel yang dianalisis tidak boleh digunakan untuk bahan perisa seperti yang tertera pada label botol dan ada juga bahan perisa dikesan dalam sampel yang tidak sama dengan yang dilabel pada botol,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya