2,560 utas jam tangan guna cap dagangan tidak sah dirampas -

2,560 utas jam tangan guna cap dagangan tidak sah dirampas

ANGGOTA penguatkuasa KPDNHEP memeriksa jam tangan yang menggunakan cap dagangan tanpa kebenaran pemilik cap dagang dalam serbuan di Kota Bharu, Kelantan semalam.-UTUSAN/IHSAN KPDNHEP KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan merampas 2,560 utas jam tangan pelbagai jenis dan berjenama terkenal yang menggunakan cap dagangan tanpa kebenaran pemilik cap dagang di sini semalam.

Rampasan bernilai membabitkan nilai berjumlah RM25,600 dalam serbuan di sebuah stor di sini.

Pengarahnya, Azman Ismail berkata, serbuan itu dilakukan selepas KPDNHEP negeri menerima aduan daripada oleh wakil pemilik cap dagang. 

“Sebelum serbuan dilakukan, pihak kami telah melakukan intipan selama seminggu. Semasa serbuan dijalankan dan hasil pemeriksaan ke atas premis berkenaan telah menjumpai jam tangan getah pelbagai jenis dan jenama terkenal.

“Pemeriksaan lanjut mendapati semua barangan tersebut telah melanggar peraturan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Azman memberitahu, siasatan awal mendapati pemilik premis membuat pembelian barang ini dari luar negara seterusnya menjual secara dalam talian.

Katanya, pemilik premis turut dikesan melakukan aktiviti tersebut secara langsung menggunakan laman sosial untuk mendapat keuntungan yang tinggi sekali gus mengaburi pihak berkuasa bagi mengelakkan dikesan.

“Kes disiasat di bawah Akta Cap Dagangan 2019 kerana disyaki melakukan kesalahan iaitu mempunyai dalam milikan jagaan dan kawalan bagi maksud perdagangan. 

“Kami memberi amaran kepada mana-mana individu atau peniaga yang dengan niat melakukan aktiviti tidak bermoral ini supaya menghentikannya segera dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu atau peniaga yang melakukan kesalahan ini,” ujarnya. –UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya