PUTRAJAYA: Sejumlah 186,346 individu termasuk dalam kalangan pengarah syarikat dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara selepas gagal menjelaskan cukai pendapatan, cukai keuntungan harta tanah atau korporat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ia melibatkan amaun cukai tertunggak sekitar RM12.9 bilion bagi rekod setakat Julai lalu mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 dan Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Ranjeet Kaur menegaskan, LHDN diberi kuasa menghalang mana-mana individu daripada meninggalkan Malaysia jika mereka mempunyai tunggakan cukai…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya