100 murid SK Perian meriahkan sambutan Hari Malaysia -

100 murid SK Perian meriahkan sambutan Hari Malaysia

GURU dan 100 murid mempamerkan formasi 65 tahun kemerdekaan negara sempena penutup Hari Kebangsaan dan sambutan Hari Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Perian di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Walaupun cuma 100 orang murid, majlis sambutan Hari Malaysia di Sekolah Kebangsaan (SK) Perian, Pulau Tawar di sini semalam disambut meriah dan suasananya bagaikan satu pesta keluarga.

Kemeriahan bertemakan kemerdekaan cukup signifikan apabila semua murid serta 15 guru memakai busana Jalur Gemilang mengisi aktiviti akademik dan kokurikulum seperti persembahan sajak, pantun dan syair disamping menampilkan acara basikal serta payung berhias.

Guru Besar SK Perian, Abu Samah Jonit berkata, lebih menarik dan membanggakan, kalangan ibu bapa dan murid menjahit sendiri busana merdeka, menghiaskan basikal dan payung antara yang mewarnai kemeriahan sambutan berbanding tahun sebelum ini.

“Saya dan guru cukup terharu apabila melihat murid bersungguh membuat persediaan seminggu lebih awal pada sebelah petang selepas pembelajaran tengah hari,” katanya ketika ditemui di SK Perian di sini semalam.

Tambah Abu Samah, murid yang menyertai aktiviti sajak, pantun dan syair mempamerkan kreativiti persembahan termasuk hiasan yang kreatif dan menarik khususnya basikal dan payung masing-masing.

“Pada akhir persembahan, murid dan guru menunjukkan formasi 65 tahun negara merdeka merupakan acara kemuncak majlis ini dengan menampakkan busana, basikal dan payung bertemakan kemerdekaan.

Selanjutnya Guru Pendidikan Islam, Nor Faizah Ismail berkata, dia cukup kagum dengan kesungguhan murid bersama guru mengambil bahagian memeriahkan majlis itu dengan menjiwai semangat kekeluargaan.

“Guru cuma memberikan sedikit panduan untuk persediaan majlis ini, tetapi nampaknya murid lebih kreatif menzahirkan acara persembahan termasuk hiasan Jalur Gemilang di
persekitaran sekolah,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya