10 kenderaan hangus di Jalan Tanjung Labuh - Utusan Malaysia

10 kenderaan hangus di Jalan Tanjung Labuh

ANGGOTA bomba melakukan kerja-kerja memadamkan kebakaran sebuah rumah di Jalan Tanjung Labuh, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Sebanyak 10 buah kenderaan terbakar antara lima hingga 90 peratus dalam kebakaran sebuah rumah di Jalan Tanjung Labuh, dekat sini pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Penolong Penguasa Bomba Ayub Majid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.26 pagi.

Susulan itu, sebuah pasukan terdiri daripada 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat dan Penggaram dengan enam jentera FRT dan dua kenderaan EMRS dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, anggota pasukan mendapati sebuah rumah separuh kekal terbakar sebelum kerja-kerja memadamkan kebakaran dilakukan.

“Turut terbakar adalah empat buah motosikal yang diletakkan dalam rumah itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ayub, turut terbakar adalah pusat menjual kereta Volkswagen akibat bahang api daripada kebakaran rumah berkenaan.

“Akibat bahang api itu juga menyebabkan enam buah kenderaan yang berada di pusat menjual kereta berkenaan terbakar kira-kira lima peratus.

“Operasi pemadaman kira-kira dua jam sebelum api dapat dipadamkan sepenuhnya dan kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya